Monday, July 12, 2010

PELBAGAI KEKOSONGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

untuk yg tiada masa nak surf sendiri..boleh cari jer kt sini
tiada tarikh tutup
caraian ini complete dgn alamat n penerangan ttg gaji n faedah2 yang akan anda perolehi..selamat mencuba
klik-klik cari kerja

PELBAGAI KEKOSONGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Ini untuk dikongsi bagi yang xder masa nak surf sendiri...
tiada tarikh tutup..

sila pilih jawatan yang anda suka disini

tips untuk yg ingin further study

salam..
untuk yg sedang merancang-rancang ingin menyambung study lepas habis diploma nanti, sila cek dulu kursus dan institusi yang anda pilih samada diiktiraf oleh MQA atau tidak...

jika tiada pengiktirafan dr MQA dirisaukan anda akan menghadapi masalah untuk memohon sebagai penjawat awam..

cari maklumat disini

Sunday, July 11, 2010

JAWATAN KOSONG DALAM ATM

- Pengumuman ini ditujukan khas buat bakal bekas student (student yang dh nak habis blaja), bekas student n orang awam.
- bagi pelajar2 peringkat sijil n diploma yang mempunyai ciri2 di bawah :
a) masih menganggur
b) pointer tak berapa tinggi-x layak sambung degree
c) tak minat bisnes
d) mmg cita2 nak keje gomen
e) mmg berminat nak jaga negara
f) badan fit w'pon xder six pad tp asalkan ckup kilo, cukup inci boleh memohon di
mari pakat jadi tentera

PENGUMUMAN PENTING!!
BAGI ORG MELAKA ADA TEMUDUGA TERBUKA 27 JULAI NI
MAKLUMAT LANJUT KLIK DI SINI :

MACAM-MACAM JAWATAN ADO..

P/S : punya la baik pensyarah, sampai keje pon tolong cari..selamat berjaya adik-adikku..

Perbezaan antara guru, pensyarah politeknik, tutor dan pensyarah universiti

Kawan-kawan saya banyak bertanya mcm mane nak mohon itu, mcm mane nak cari ini.. saya ni bukannya pandai sgt, tp melalui pengalaman sebagai penjawat awam..boleh lh sya kongsikan sedikit dgn semua.

GURU
- sesiapa yg mempunyai ijazah dan diploma pendidikan layak memohon
- bagi yang tiada ijazah pendidikan tp berminat boleh melalui KPLI
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) dgn gred gaji DG41 bagi lepasan ijazah dan KPLI dan DGA29 bagi lepasan diploma.
- boleh memohon di isi borang permohonan PPP

PENSYARAH POLITEKNIK
- sesiapa yang mempunyai ijazah yang bersesuaian dgn bidang pengajian di politeknik layak memohon..chef2 lepasan ijazah juga boleh memohon..sape2 jer lah..
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPPT (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi) dgn gred gaji DH41 dan bagi DH29 bagi lepasan diploma. Tetapi disebabkan penaiktarafan politeknik, rasanya lepasan diploma akan disalurkan ke Kolej Komuniti
0cara memohon :
isi borang permohonan PPPT

TUTOR
- adalah pelajar2 cemerlang di peringkat ijazah sarjana muda yang diambil bekerja sebagai pembantu pensyarah sementara menunggu peluang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana.
- Gred gaji DA41
- jika berminat boleh memoh0n terus ke laman web universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan tutor UiTM

PENSYARAH UNIVERSITI
- Kelayakan minima adalah ijazah sarjana dlama bidang masing-masing
- gred gaji bermula di DS45 bagi semua universiti kecuali UiTM, DM45.
- jika layak dan berminat boleh mohon terus ker universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan pensyarah UiTM

p/s: ini adalah ringkasan shj. sebarang kesilapan didahulukan dgn ucapan maaf yer.jika ada kemusykilan boleh tinggalkan komen anda, nanti saya akan dpatkan kepastian dgn pihak terlibat n update lagi sebab benda2 ni mmg cepat berubah.

Saturday, July 10, 2010

pengenalan

assalamualikum n salam sejahtera..
entry pertama saya utk blog ini adalah sekadar pengenalan...saya tergerak hati untuk menulis blog ini pada mulanya khas buat para pelajar saya samada peringkat sijil atau diploma yg kadang kala meminta pandangan saya berkenaan kerjaya mahupun peluang menyambung pelajaran.

jadi di sini saya akan berkongsi pandangan dan pengalaman saya sebagai pelajar sarjana muda dan sarjana separuh jalan (huhu) supaya anda lebih jelas ttg dunia kerjaya... bagi yg ingin menjadi penjawat awam, anda boleh melawat portal-portal kerajaan tetapi kadang-kadang terma dan syarat susah difahami menyebabkan kesukaran mengisi detail yg diperlukan.

di dalam entry sy yg seterusnya saya akan menerangkan apa perbezaan antara guru, pensyarah politeknik n kolej komuniti, tutor serta pensyarah universiti...